03 July 2013

PUTUS DENGAN NAS T - NABILA HUDA SERIK BERCINTA?


Sekejap bercinta... dan sekejap kata lebih senang hidup tanpa kekasih. Aik, yang mana satu benar ni?

Untuk makluman, itulah yang terkeluar daripada mulut pelakon Nabila Huda yang sememangnya penuh kontroversi. Tambah Nabila, beliau lebih selesa menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki atas dasar persahabatan daripada melibatkan hati dan perasaan. Heh.




"Saya tidak mahu apa-apa daripada cinta lelaki, buat masa ini saya hanya mahu mencintai diri saya, anak dan kerjaya sahaja.

"Bagi saya lebih baik berkawan daripada menjalani hubungan cinta kerana saya percaya cinta hanya akan merosakkan persahabatan," katanya pada media semalam.

Mungkin Nabila berkata demikian bagi mengaburi pelbagai persoalan mengenai hubungan cintanya yang baharu sahaja putus dengan pelakon Nas T awal bulan lalu. Iyalah, mana tak hairan bila sekejap ada... sekejap dah tak ada!

"Saya dan Nas T berkawan sejak kecil dan saya sangat senang menjalani kehidupan sebagai kawan berbanding kekasihnya.

"Bila beberapa bulan ini kami jadi kekasih rasa sangat pelik dan saya tidak boleh berkelakuan 'gila-gila' seperti waktu kami berkawan.

"Pada saya, hubungan sebagai kawan lebih menggembirakan, saya rindu saat-saat itu dan oleh itu juga kami mengambil keputusan untuk kembali menjadi kawan semula," tambahnya dipetik sebagai berkata.

No comments: