10 September 2013

ANNE NGASRI SELAMAT LAHIRKAN BAYI LELAKI


Anne Ngasri selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam seberat 3.4 kg di Hospital KPJ Tawakal, Kuala Lumpur. Untuk info, ia adalah anak keempat bagi Anne dan yang pertama dengan Sumali sejak mereka berkahwin pada Disember 2012.

"Syukur, Anne selamat melahirkan bayinya secara normal semalam. Saya gembira untuknya. Sekarang dia masih lagi berada di hospital bersama bayinya.




"Dia masih lagi sibuk menetapkan nama untuk bayinya. Insya Allah, selepas Anne dibenarkan pulang, dia akan berpantang dengan Mama di rumah," ujar kakaknya, Darling Ngasri kepada media.

Tahniah diucapkan, semoga Anne dan Sumali akan terus berbahagia dengan kelahiran bayi tersebut.





No comments: