02 September 2013

DATUK K & SITI MELAMAR ARTIS SINETRON


Kelmarin, sedang kita sibuk menyambut Hari Merdeka, tetapi di Indonesia agak heboh apabila Nuri Maulida dilamar oleh Muhammad Adam, kerabat kepada suami Datuk Siti Nurhaliza, iaitu Datuk Khalid.

Untuk info, Nuri Maulida ialah artis kelahiran Bandung iaitu pelakon sinetron Cinta Fitri dan banyak lagi. Beliau sebelum ini pernah berkahwin dengan pengusaha Ferry Setiawan, namun perkahwinan mereka tidak kekal lama.

Klik untuk imej besar...



"Hari ini adalah hari Adam melamar Nuri. Alhamdulilah acara berlangsung dengan baik, penuh adat melayu dan sunda. Kita doakan semuanya baik-baik sampai ijab kabul," ujar Siti dipetik sebagai berkata.

"Saya mengenal Nuri tahun lalu, waktu setelah Adam dan ibunya Adam berkenalan dari Indonesia. Saya sempat mencari di Google. Alhamdulillah bertemu nuri, beliau sopan, dihormati dan disayangi, juga dari keluarga baik-baik. Saya senang budi bahasa tinggi dan padan sekali. Adam juga dihormati dalam keluarganya," tambah Siti.

Nuri...


Difahamkan, pernikahan Nuri dengan Adam bakal berlangsung pada 22 November tahun ini. Bagaimanapun, keluarga belah perempuan masih belum mahu berkongsi maklumat di mana pernikahan tersebut akan dilangsungkan.


TONTON VIDEO LAMARAN DI TOUTUBE:



No comments: