16 October 2013

ANIS ANEESA - TUNANG JEJAKA IRAN, KAHWIN JEJAKA SYRIA


Bertunang dengan jejaka Iran, tetapi berkahwin dengan jejaka Syria!

Mungkin bunyinya sedikit pelik tetapi ia sebenarnya memang berlaku terhadap penyanyi Anis Aneesa yang mengakui sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga bulan.

Anis bersama suami Irannya Mr. K... 
klik untuk imej besar...



"Suami saya yang bukanlah lelaki sama yang yang bertunang dengan saya pada Januari 2012.

"Saya ini, bertunang dengan lelaki Iran, kahwin pula dengan lelaki Syria pada Oktober tahun lalu. Tak sangka kan, bercakap tentang jodoh, segala kemungkinan boleh berlaku.



"Tetapi semua ini berpunca selepas saya mendapat tahu bekas tunang saya itu cuba mengambil kesempatan terhadap diri dan keluarga. Selepas empat bulan putus, saya mengenali Mr.K dan tanpa melengahkan masa kami terus rancang untuk berkahwin.

"Alhamdulillah, saya dan suami sudah pun memiliki seorang anak lelaki bernama Mohd Kaiser, dan dia merupakan pelengkap rumah tangga kami ," katanya kepada media.

Majlis cukur jambul anaknya Mohd Kaiser


Untuk info, Anis baru sahaja mengadakan majlis cukur jambul Kaiser di kediamannya di Selayang Baru, Selangor Sabtu lalu.

Meskipun tidak terlalu kerap meraih publisiti sebagai penyanyi, namun dia masih lagi menerima beberapa penajaan bagi menjayakan majlis cukur jambul itu.

Gambar kenangan: 
saat Anis bertunang dengan jejaka Iran, Ali Hedayati


"Syukur, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja Ayubi Catering, Mama Danish Deco & Craft, Little Big Shot Photography dan Es Studio KL kerana sudi menaja majlis kami.

"Dalam pada itu, saya tidak sangka ramai yang hadir memeriahkan majlis ini, Alhamdulillah," ujarnya yang baru saja kehilangan bapa, Mushidi Desa, 52, pada 1 September lalu.


BERITA TERDAHULU:
JEJAKA IRAN PILIHAN ANIS ANEESA



No comments: