03 October 2013

MR BEAN SUDAH PELUK ISLAM?


Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini!

Tambah-tambah apabila selebriti barat seperti Rowan Atkinson yang popular melalui watak Mr Bean dilaporkan sudah memeluk agama Islam.




Untuk info, maklumat ini dilaporkan oleh Islampos dan laman web Sadalbadi yang mendakwa Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.

“Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat," demikian pula tulis sebuah portal berita dari Indonesia.

Sementara beberapa sumber portal media berkata, Sheikh Rashid Ghannousyi adalah salah seorang pembimbing Rowan.

"Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan," tulis Islampos.

Bagaimanapun, sehingga kini berita itu masih belum dapat dipastikan lagi kesahihannya. Mungkin sekadar gosip agaknya. Malah media barat juga masih belum menyiarkan lagi apa-apa berita mengenai hijrah Rowan itu.

Biasalah... kalau boleh mereka pasti mahu menyorokkannya. Namun bak kata pepatah, bangkai gajah yang disorok bawah karpet pasti akan ketahuan jua. Tak gitu?

No comments: