08 January 2014

EDISI MELAMAR - HELIZA HELMI BERI 'LAMPU HIJAU' PADA HAFIZ?



Jika semalam Hafiz Hamidun memberi alasan bimbang kalau cerita lamarannya terhadap penyanyi kelahiran sebuah program realiti akan membuat wanita itu tertekan dalam membuat keputusan, terkini Heliza seolah memberi lampu hijau menyuruh melamar mengikut Syarie!

"Saya melihat perkara ini sebagai satu isu yang besar memandangkan saya masih mempunyai ibu dan bapa. Bagi saya, kalau 'benar hendak melamar' seorang wanita itu perlulah ikut syarie (hukum Islam)," ujar Heliza penuh makna tersirat.

Kira lepas ni, Hafiz boleh jumpa keluarga Heliza dan masuk melamar la ya? Heh.

Lamar ikut Syarie - kata Heliza pada Hafiz.




Semuanya bermula gara-gara kenyataan Hafiz dalam sebuah akhbar semalam tentang desas-desus lamarannya untuk berkahwin dengan seorang penyanyi yang kini merupakan penceramah bebas. Lebih menguatkan teka-teki, dia juga menyebut artis terbabit lahir dari program realiti yang kemungkinan Akademi Fantasia.

Bagaimanapun, Heliza yang dihubungi media terkejut apabila namanya dikaitkan dengan lamaran Hafiz. Katanya dia tidak mengetahui langsung perkara tersebut. Pulak dah!!

Wajah comel Heliza memikat ramai jejaka


"Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara ini dan percaya saya bukanlah individu yang dimaksudkan itu. Jadi, agak sukar untuk saya memberikan sebarang komen.

"Dalam hal ini, saya rasa tindakan yang paling wajar adalah dengan bertanya kepada Hafiz sendiri memandangkan dia yang membuat kenyataan," jelasnya dipetik sebagai berkata.

Tambah Heliza, hingga kini dia masih belum ada menerima sebarang lamaran perkahwinan, termasuk daripada Hafiz. Berita tersebut benar-benar membuatkan dia terkejut apabila namanya tiba-tiba dikaitkan dengan Hafiz.

Klik gambar untuk imej besar..

"Saya akui 'mempunyai hubungan' dengan Hafiz tetapi tidak lebih daripada sekadar sahabat. Lagipun, kami berdua sentiasa terlibat dengan program atau acara berbentuk keagamaan bersama-sama.

"Kalau mengikut hukum agama, perkahwinan itu haruslah dihebahkan kepada orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang fitnah. Jadi, saya akan bersikap terbuka mengenainya tetapi ia akan dihebahkan sekiranya saya memang sudah sah akan berkahwin," kata Heliza lagi dan sekaligus menjelaskan sedikit persoalan iaitu masa melamar senyap-senyap... kahwin baru hebah!

Heliza kini merupakan penceramah bebas


Untuk info, Hafiz mengakui semalam bahawa dia ada menyuarakan hasrat (melamar + cinta) kepada 'sidia' minggu lalu (30 Disember). Kata Hafiz dia tanya bila 'wanita' itu lapang sebab dia nak masuk meminang, tapi dia tidak memberi sebarang reaksi dan seolah cuba mengelak daripada memberi jawapan.

"Sebab itu saya tak nak dedahkan nama dia dulu sebab takut nanti dia bertambah tertekan pula apabila cerita ini tersebar. Mungkin dia segan atau mungkin sedang buat penilaian, saya cuma harap yang terbaik," kata Hafiz seperti benar-benar berharap hasratnya tercapai.

Kesimpulannya, apakah benar mereka berdua tidak pernah jatuh hati antara satu sama lain? Atau mungkin Hafiz sahaja yang 'gila bayang' atau bertepuk sebelah tangan dengan gadis idamannya itu? Jawapannya, tepuk dada tanya selera!


No comments: