30 January 2014

ISTERI HAMIL 5 BULAN - LAN KRISTAL BAKAL DAPAT ANAK LELAKI



Dalam kepayahan Lan Kristal membawa anaknya ke hospital beberapa kali akibat penyakit Batuk, nafas yang berkahak... namun ada berita gembira yang terpendam. Lan mengesahkan dia bakal menimang cahaya mata lelaki pula pada bulan Julai.

Untuk info, Isterinya Nur Sheila Hassim sedang mengandung hampir lima bulan. Sebelum ini, mereka merahsiakan kehamilan tersebut kerana belum bersedia untuk berkongsi dengan peminat.

Klik gambar untuk size besar




"Hanya rakan-rakan terdekat sahaja yang tahu tentang perkara ini. Tetapi selepas doktor mengesahkan jantinanya lelaki, barulah kami rasa selesa untuk berkongsi.

"Saya juga hampir melompat di dalam bilik doktor sebaik sahaja mendapat tahu anak yang bakal dilahirkan ini lelaki," ujar Lan dengan nada teruja.



Sementara bagi Sheila pula, katanya pengalaman mengandung kali ini agak berlainan kerana mengalami alahan yang cukup teruk.

"Saya sentiasa muntah setiap kali makan dan tidak boleh memakai sebarang alat solek selain tidak boleh menghidu apa jua jenis pewangi atau pun pembersih rumah. Apa pun, kini Lan sedang gigih mencari nama anak lelaki yang ada empat huruf," kata Sheila yang mendirikan rumah tangga dengan Lan pada 5 Disember 2009.



Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan berusia lebih tiga tahun dan seorang lagi berusia lebih setahun.

Klik gambar untuk size besar



         ________________________



No comments: