09 January 2014

ISU DITAJA NAD ZAINAL - AZMAN RASA 'TEBAL MUKA'



Memang sukar untuk diterima jika ada pihak yang mendakwa kita hidup hanya dengan memakan hasil titik peluh perempuan! Hal ini diakui sendiri oleh pelakon baru naik iaitu Azman Kombos yang merasa 'tebal muka' bila difitnah 'ditaja' oleh kekasihnya Nad Zainal.

Dakwa Azman, mereka berdua mempunyai komitmen tersendiri terhadap keluarga masing-masing dan cerita tersebut adalah tidak benar sama sekali. Malah ketika 'dating' sekalipun, mereka akan berkongsi pembayaran dari segi makan atau apa sahaja.





"Saya ada rasa malu apabila timbul gosip begini. Bagi saya ia sebuah khabar angin yang tidak sihat dalam mengembangkan karier saya.

"Tetapi nak buat macam mana, saya terima dengan hati terbuka. Ada artis lain terkena gosip yang lebih teruk, jadi saya tidak perlu nak melatah," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media semalam.



Untuk info, dakwaan tersebut timbul berikutan kerjaya Azman yang dilihat 'suam kuku' berbanding kekasihnya yang makin popular setelah drama lakonannya 'Mawar Putih Tanda Perpisahan' memenangi Drama Terbaik Anugerah Skrin 2013.

"Nad ada keluarga nak ditanggung, begitu juga saya. Jadi saya akui, ada masanya Nad belanja saya makan dan kemudian saya pula yang keluarkan duit, kami bergilir-gilir dan berkongsi untuk mengurangkan bebanan masing-masing," katanya yang kini sibuk dengan penggambaran drama Jika Itu Takdir untuk siaran TV3.

No comments: