16 January 2014

JUTAWAN PALSU - SHILA AMZAH BIMBANG JADI MANGSA PENJENAYAH



Terkejut dan merasa bimbang sekiranya laporan yang dia menjadi jutawan 'auta' bakal membuat dia menjadi mangsa penjenayah!

Artikel terdahulu:
Begitulah luahan rasa Shila Amzah, 24, berikutan laporan tanpa selidik yang dilakukan oleh sebuah sebuah akhbar Isnin lalu yang kononnya Shila memperoleh pendapatan sebanyak RM2.5 juta setahun.





"Terkejut juga apabila keluar berita seperti itu. Entah daripada mana sumber-sumber yang mereka peroleh mengesahkan saya seorang jutawan pun saya tidak tahu.

"Mungkin pihak yang membuat laporan tersebut salah faham. Memang benar selepas menang sebagai juara pada pertandingan Asian Wave di China tahun lalu, saya mendapat dana sebanyak RM5 juta untuk mengembangkan karier nyanyian dia negara itu.

"Bukannya dapat RM5 juta secara tunai sekali gus tetapi ia termasuk nilai kontrak dan perkara-perkara lain. Wah, kalau macam itu, seronoklah saya kalau dapat wang tunai RM5 juta," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media.

Tambah penyanyi yang nama penuhnya Nur Shahila Amir Amzah itu, sumber tersebut adalah mengarut sama sekali. Malah gelaran jutawan muda tidak benar kerana dia masih lagi bekerja keras untuk mengumpul wang membeli rumah dan kereta.

"Laporan seperti itu membuatkan saya turut risau kerana keselamatan saya mungkin boleh diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Untuk info, Shila akan bersama tiga penyanyi tempatan iaitu Goldkartz, ThomasJack dan Azlan And The Typewriter mewakili negara ke Marche International du Disque et de l’Edition Musicale (MIDEM) di Cannes, Perancis pada 3 Februari depan.


No comments: