22 January 2014

TAKZIAH - KASSIM MASDOR MENINGGAL DUNIA DI SINGAPURA



Kassim Masdor, komposer berbakat yang pernah mencipta berpuluh-puluh lagu ketika hayatnya, meninggal dunia semalam. Allahyarham yang berusia 76 tahun, meninggal dunia di Singapura kira-kira pukul 9 malam.

Ketika hidup, Allahyarham pernah menjadi komposer untuk filem-filem Shaw Brother dan sering bergiat aktif bersama-sama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Klik gambar untuk imej size 800X504




“Semalam (Isnin) dia berada di Kuala Lumpur dan mahu balik ke Singapura selain mengadu sakit kepala.

"Saya terkejut apabila mendapat maklumat daripada kenalan di Singapura mengatakan dia meninggal dunia,” ujar seniwati Mariani dipetik sebagai berkata.

Menurut info lain pula, awalnya Allahyarham dimasukkan ke sebuah hospital di Singapura kerana mengadu sakit kepala, namun kemudian meninggal kerana serangan penyakit asma yang dihidapinya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Blok 512 Choa Chu Kang St. 15 #04-258, Yew Tee North 5, Singapura, sebelum solat Zuhur

Untuk info, Allahyarham menjadi bapa tunggal sejak tahun 1973 dan meninggalkan lima orang anak dan beberapa orang cucu.

Sepanjang hayatnya, karya Allahyarham telah dinyanyikan oleh ramai penyanyi antaranya ialah Datuk Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Datin Rafeah Buang, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Daud dan juga Sudirman.


Baca juga:



No comments: