16 May 2014

RAPAT DENGAN CALON ANGKASAWAN - SHILA AMZAH TEMUI KEKASIH BARU?



Setelah sekian lama solo, akhirnya Shila Amzah, 24, kini didakwa hangat bercinta dengan bekas calon angkasawan program AXE-Tronaut 2013 iaitu Adam Tun Tuah.

Semuanya gara-gara Shila memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang lelaki yang dipercayai Adam. Meskipun wajah lelaki itu ditutup dengan kapsyen kononnya sedang bersahabat, namun hubungan rapat mereka tetap dapat dihidu oleh ramai peminat Shila.

Adam & Shila - klik gambar untuk size besar




Menurut mereka, Shila dan Adam kini berkawan rapat dan pernah beberapa kali bertemu. Antara pertemuan itu ialah ketika perjumpaan ahli kelab peminat Shila ketika penyanyi itu pulang dari China.

Bagi yang tidak tahu, Adam sebelum ini pernah menjadi lima peserta terbaik program The Malaysian AXE-tronaut yang akan mewakili negara ke Akademi Angkasa AXE Apollo yang berpangkalan di Orlando, Florida, Amerika Syarikat.

Kemesraan Adam & Shila


Bagaimanapun, Adam tewas kepada peserta wanita, Roshini Muniam dalam misi pencarian angkasawan tersebut.

Untuk info, Shila sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad termasuk berkawan rapat dengan Johan As'ari.

Adam & Shila


Hingga kini, Shila dan Adam masih enggan memberi sebarang komen mengenai gosip percintaan mereka yang tersebar itu.

Apa-apapun, ayuh kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.











         ________________________


No comments: