21 June 2014

DIMINTA MENYANYI BULAN RAMADAN - JAMAL ABDILLAH 'TERKEJUT'



Awalnya dia ingat hanya diundang untuk hadir dalam satu majlis amal di bulan Ramadan. Namun apabila diberitahu dikehendaki menyanyi, penyanyi tersohor negara Jamal Abdillah agak terkejut kerana dia tidak mengetahui perkara tersebut.

"Perkara itu tidak dimaklumkan secara terperinci kepada saya ketika pihak pengajur acara 1001 Malam Majlis Berbuka Puasa 2014 membuat tawaran tersebut.


Klik gambar untuk size besar - Jurufoto: Nur Ain



"Saya ingatkan saya hanya perlu hadir sahaja dan tiada persembahan nyanyian kerana kebiasaannya pada bulan puasa hanya bacaan doa dan solat terawih sahaja," ujar Jamal ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.

Untuk info, majlis tersebut khabarnya akan diadakan pada 19 Julai iaitu dihari pertama puasa di PWTC. Ia adalah anjuran Persatuan Kebajikan Persona Selangor dan Kuala Lumpur dengan kerjasama Star Illusionsz Resources.



Apa yang menarik, penyanyi veteran dari Indonesia iaitu Endang S Taurina turut diundang menyerikan majlis.

"Saya hanya akan melakukan persembahan selepas selesai solat terawih itupun jika pihak penganjur masih mahukan saya menyanyi. Namun mereka perlu ikut syarat saya," tambah Jamal.

"Ini bukan konsert atau acara nyanyian kita hanya mahu Jamal untuk menyanyikan lagu ketuhanan yang sesuai dengan bulan Ramadan untuk hiburan tetamu yang hadir.



"Kita akan berbincang semula dan menjelaskan perjalanan majlis tersebut kepadanya selepas ini," jelas penaung persatuan tersebut Datin Rosmina Mohd Arshad.

Katanya lagi, majlis berbuka puasa tersebut adalah bagi membantu insan yang kurang berkemampuan seperti anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal. "Sesiapa yang mahu membuat amal bolehlah menghubungi talian 017-4040001," tambahnya.















         ________________________


No comments: