10 June 2014

INFO - 'JANGAN PERNAH' BUAH TANGAN TERBARU VELVETBAND‏



Kuala Lumpur: – Tarikh 10 Jun 2014 merupakan detik sejarah bagi trio band yang menggelarkan diri mereka VELVETBAND apabila pembikinan muzik video yang telah dirancang pada awal tahun 2014 secara rasminya telah dilancarkan di laman YouTube.

Penggambaran muzik video 'Jangan Pernah' yang mengambil masa seharian ini telah dijalankan pada bulan April 2014 di dua lokasi sekitar Klang Lama dan Damansara.

Menariknya tentang muzik video 'Jangan Pernah' adalah penggambarannya dijalankan di atas sebuah bumbung parkir kereta lama yang tidak lagi digunakan bagi memberi gambaran jelas imej poprock yang di bawa VELVETBAND serta selari dengan konsep lagu 'Jangan Pernah'.





Muzik video yang berdurasi kurang dari 4 minit sebelum ini telah pun ditayangkan secara eksklusif di rancangan infotainment 'H LIVE' terbitan Astro Ria pada hari Sabtu, 17 Jun 2014 yang lepas sebagai sebahagian dari strategi awal promosi muzik video terbabit sebelum dimuat turun di laman YouTube.

“Kami berharap dengan adanya muzik video Jangan Pernah mampu menarik minat ramai untuk lebih mendekati karya kami dan memberi pendedahan tentang imej yang kami bawa serta untuk umum lebih mengenali anggota kumpulan VELVETBAND.



"Pasti muzik video Jangan Pernah tidak membelanjakan kos yang tinggi jika dibandingkan dengan muzik video lain yang ada pada hari ini, tetapi dari segi penghasilan dan kualitinya kami amat berpuas hati dan yakin ianya mampu membawa kami lebih ke hadapan dan bersaing," kata Iqa (pqot) selaku vokalis VELVETBAND.

Muzik video 'Jangan Pernah' di arahkan oleh Joe Naflish dan videografi oleh Zul Pikie di bawah Maidi.co Production, menjalini proses suntingan terlebih dahulu sebelum siap sepenuhnya pada awal bulan June tempoh hari.



VELVETBAND adalah trio band yang berkonsepkan pop rock dan mempunyai 3 orang anggota iaitu Iqa(Pqot) (vokalis dan pemain bass), Shana Razman (pemain gitar dan suara latar), dan Ahmad Azlan (pemain drum) yang turut berpengalaman beraksi di pentas indie.

'Jangan Pernah' berkisarkan tentang sebuah perhubungan cinta yang telah berakhir, tentang perasaan, kesetiaan, kesedihan seorang wanita kerana terlalu mencintai kekasihnya, tidak rela berpisah dengan mengharapkan cintanya kembali.



Permulaan baru bagi VELVETBAND untuk tahun 2014 apabila mengetengahkan lagu 'Jangan Pernah' sebagai single kedua mereka. 'Jangan Pernah' adalah hasil karya sendiri kumpulan VELVETBAND, liriknya ditulis oleh Iqa (vokalis kumpulan VELVET BAND dan finalis Mentor 5) yang kini mula mendapat respon positif peminat muzik tanah air apabila sering kali lagu ini diputarkan di stesyen radio tempatan.

Harapan kami, semoga VELVETBAND mampu meneruskan kegemilangan band pop rock tanah air dengan hasil karya kreatif mereka.



Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan VELVETBAND anda boleh mengunjungi laman Facebook di https://www.facebook.com/wearevelvet , Twitter di https://twitter.com/wearevelvet , dan Instagram di http://instagram.com/wearevelvet , serta di YouTube http://youtube.com/wearevelvetband . 'Jangan Pernah' juga telah dipasarkan secara digital semua di syarikat telekomunikasi terkenal tanah air dan juga boleh dimuat turun di iTune.


         ________________________


No comments: