20 June 2014

KEKASIH BERTATO MASUK ISLAM - TASHA SHILLA NIKAH 2015



Kekasih bertato Tasha Shilla, 27, iaitu Han Chen Wong, 24, yang aktif dalam sukan Muay Thai sudah bersedia memeluk Islam. Hal ini diluahkan sendiri oleh Tasha dan mereka merancang untuk bernikah pada 2015.

"Han meluahkan keinginan itu bukan kerana mahu memiliki saya, tetapi cinta dia terhadap Islam sudah lama tersemat.





"Insya-Allah, Han sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam dan dia dalam proses ke arah itu. Malah kami juga sudah berbincang mengenai hubungan kami ke fasa seterusnya iaitu berumah tangga," ujar Tasha yang baharu sahaja pulang dari Sydney, Australia beberapa hari lalu.

"Selama ini dia tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum kami berkenalan lagi.



"Saya bersyukur kerana keluarganya benar-benar memberi sokongan malah mereka tidak menghalang anak mereka untuk berkahwin dengan saya serta memeluk Islam," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Dia (Han) juga ada memberi cadangan untuk memanggil guru agama mengajar kami berdua hal-hal berkaitan Islam dengan lebih mendalam.

"Sebagai anak sulung daripada tiga beradik, dia akan mengambil tanggungjawab mengambil alih perniagaan bapanya yang tinggal di Subang dan meninggalkan kerjayanya sebagai ahli sukan Muay Thai apabila kami berkahwin nanti," tambahnya yang turut menyatakan bahawa keluarganya sudah bertemu dengan Han dan merestui hubungan berkenaan.



         ________________________


No comments: