04 August 2014

TOLAK CERAI - SELAIN NUSYUZ, EZANY FAIL 2 TUNTUTAN TAMBAHAN



Pelakon Ezany Nizariff, 41, memfailkan dua lagi tuntutan tambahan terhadap isterinya Lizda Nuryanti Abidin, 32, selepas sebelum ini dia memfailkan tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) pada 22 Julai lalu.

Dua tuntutan tambahan tersebut adalah berhubung hak penjagaan dua anak mereka.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor hari ini (Isnin) membenarkan permohonan Ezany untuk menolak permohonan cerai secara baik yang dibuat Lizda pada 17 Julai 2014.





Menurut Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar, keputusan itu dibuat selepas Ezany memberitahu mahkamah dia sudah memfailkan permohonan nusyuz tersebut.

Bagaimanapun, mereka diperintahkan agar membentuk satu jawatankuasa pendamai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka itu. Hakim Mohd Nurulazhar kemudian berkata, kes akan disambung semula pada 3 September depan.

Untuk makluman, kontroversi melanda rumah tangga Ezany apabila isterinya minta diceraikan baru-baru ini. Malah Ezany juga pernah membuat laporan polis mendakwa isterinya dilarikan oleh seorang lelaki pada bulan ramadan.



Dakwa pelakon itu, selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama tiga hari, dia tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang, Selangor.

"Buat masa ini saya ikut apa yang dinasihatkan oleh peguam dan selebihnya kita tunggu pada perbicaraan nanti," kata Ezany yang tetap akan meneruskan permohonan nusyuz terhadap isterinya biarpun wanita berkenaan meminta diceraikan secara baik.



"Insya-Allah kes berkenaan (penjagaan anak) akan disebut di mahkamah pada 25 dan 27 Ogos ini dan anak-anak kini tinggal bersama saya selepas isteri bertindak keluar rumah sejak 19 hari lalu," katanya selepas mendapat khidmat nasihat peguam mengenai kes berkenaan.

Untuk rekod, Ezany dan Lizda diijabkabulkan pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.


         ________________________




No comments: