19 September 2014

KES ANAK DENGAN AWIE - KEJAYAAN AWAL ROZANA MISBUN



Akhirnya, Rozana Misbun, 36, semalam berjaya mengetepikan bantahan suaminya penyanyi rock dan pelakon Awie terhadap perintah hak jagaan anak secara sebelah pihak yang diperolehinya sejak dua bulan lalu.

Sehubungan itu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, telah diarahkan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk membayar kos sebanyak RM900 kepada isterinya.





Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Mohammad Fatah telah membaca keputusan tersebut di dalam bilik pendaftar.

Selanjutnya, tarikh 31 Oktober telah ditetapkan bagi pihak Awie untuk memfailkan afidavit jawapan bagi permohonan Rozana untuk mengenepikan perintah hak jagaan sementara yang diperoleh penyanyi itu pada 22 Julai lalu.



Terdahulu, peguam yang mewakili Rozana iaitu Majdah Muda berkata pihaknya akan mendengar afidavit jawapan daripada Awie tentang beberapa perkara yang telah dikemukakan dalam bantahan awal lalu.

"Akhirnya kita akan dengar versi daripada pihak Awie dalam apa-apa yang kita dakwa sebelum ini seperti sijil nikah, alamat salah dan beberapa isu berbangkit.

"Insya-Allah dijangka dalam pertengahan November kita dapat satu keputusan penuh tentang kes ini," ujar Majdah dipetik sebagai berkata kepada media.

"Alhamdulillah saya bersyukur dengan keputusan ini dan saya harap dapat jumpa anak saya secepat mungkin," ujar Rozana pula menzahirkan rasa syukur dengan keputusan tersebut dan tidak sabar untuk bertemu anak-anaknya yang terpisah sejak Julai lalu.

Untuk info, Rozana hadir ditemani kakaknya, pelakon Haliza Misbun, manakala Awie hadir bersama peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Awie pada 22 Julai lalu berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga anak hasil perkahwinan mereka iaitu iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.


         ________________________




No comments: