Rupa-rupanya kemelut yang melanda Shila Amzah masih belum reda apabila beberapa media memanjangkan isu tersebut gara-gara ketidakpuasan hati Shila mengenai isu media Melayu kurang membuat liputan di konsertnya baru-baru ini.
Selain mereka mendedahkan bahawa konsert itu ditaja oleh syarikat judi, semalam mStar Online pula menghubungi Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang mengatakan bahawa mana-mana acara kesenian yang ditaja oleh syarikat perjudian ataupun arak adalah aktiviti yang haram dan ditegah oleh agama Islam.
Meskipun tidak menyebut secara jelas artis yang dimaksudkan, namun ramai yang dapat meneka bahawa ia adalah berkaitan dengan konsert Shila Amzah. Nampaknya, media Melayu yang didakwa Shila tidak memberi sokongan padanya melainkan media berbahasa Cina membuat serangan balas pada artis itu.
Ada jemput - demikian kata Shila - klik untuk gambar besar
"Konsepnya mudah sahaja. Dalam Islam, sekiranya gaji kita dibayar daripada hasil judi atau perkara-perkara haram yang lain, ia sudah dikira haram di sisi agama Islam melainkan orang itu tidak tahu daripada mana hasil pendapatan itu diterima.
"Walaupun seseorang itu ataupun artis berniat baik mahu mengadakan konsert buat peminat-peminat, tetapi caranya tidak betul (jika sumber yang diterima dariapda hasil yang haram.)
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad
"Sebagai contoh, seseorang itu menganjurkan tarian bogel, dengan niat mahu mengumpul dana untuk membina masjid. Niat dah betul, tetapi caranya salah," ujarnya yang dipetik melalui mStar.
Tambah Mufti itu, penyanyi tempatan haruslah berhati-hati apabila mendapatkan penaja untuk apa-apa acara sekalipun kerana jika ia daripada sumber yang salah, pendapatan yang diterima itu haram.|
Shila 'memerli' media Melayu baru-baru ini
"Apa-apa perkara yang dilakukan pun, sebagai umat Islam, kita ambil yang asas, adakah benda yang ingin dilakukan itu dibolehkan dalam Islam atau tidak?
"Dan seboleh-bolehnya, ambil pendekatan yang dibenarkan Islam sahaja. Jaga imej dan maruah agama. Kita yang mewakili Islam jangan sampai menghina Islam itu sendiri," tegasnya.
Kesimpulannya, bersungguh-sungguh benar media Melayu kita mempertahankan diri daripada serangan Shila yang mendakwa ada menjemput mereka ke konsertnya. Mungkinkah selepas ini Shila akan diboikot pula oleh mereka? Tepuk dada tanya selera!
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment