03 November 2014

EKSKLUSIF 'CANDID CAMERA' - AKSI AMELINA DAN MAYA DI BSC



Pasti ramai yang masih ingat mengenai penyanyi dangdut Amelina yang telah mengeluarkan album terakhirnya iaitu ‘Cinta Oh Cinta’ pada tahun 1998, dan kemudian berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Reduan Mahmood, pada 26 Mei 1999.

Malah berita perkahwinannya juga menjadi hangat apabila dia dan suaminya, Reduan Mahmood didenda RM600 setiap seorang oleh Mahkamah Syariah Kangar kerana berkahwin di Songkhla, Thailand tanpa kebenaran.

Klik gambar untuk size besar




Lebih hangat, apabila mereka berdua pernah diusir oleh pemilik rumah yang mendapat perintah mahkamah atas dakwaan gagal menjelaskan sewa sejumlah RM2,700 sebulan.

Amelina sebelum ini dilaporkan sudah bertudung. Namun terkini, kelibatnya telah berjaya dirakamkan secara 'candid' di Bangsar Shopping Centre (BSC), Bangsar, Kuala Lumpur.

Bersamanya ialah penyanyi Maya (Matahari) serta seorang lagi teman yang tidak dikenali. Mereka dilihat berbincang sesuatu di sebuah restoran ala Barat sebelum kemudian merakam gambar kenangan ketika mahu beredar pulang.

Jom tengok!













         ________________________




No comments: