10 December 2014

SAH CERAI TALAK SATU - LIYANA MANAN KINI BEBAS



Bebas!

Itulah perkataan yang tepat buat Liyana Manan, bekas isteri kepada Romie Razin Adilha Abd Jais,34, yang juga bekas kekasih pelakon Hanez Suraya, apabila dia sah bercerai talak satu semalam.

Talak satu tersebut telah dilafazkan oleh Romie dihadapan Hakim Syarie Azmi Aziz selepas mahkamah membenarkan permohonan Nur Liyana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Azmi kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan Nur Liyana menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama Shah Alam dan sijil nikah dibatalkan.





Mahkamah juga merekodkan perjanjian yang dipersetujui antara Nur Liyana (plaintif) dan Romie (defendan) iaitu defendan perlu membayar nafkah edah sebanyak RM5,000 selama tiga bulan dan akan dibayar pada akhir tempoh edah.

Menurut laporan Harian Metro, mahkamah turut merekodkan persetujuan plaintif yang tidak akan menuntut mutaah daripada bekas suaminya.





         ________________________




No comments: