09 January 2015

SEBAR GAMBAR INTIM - SIAPA SABOTAJ NONNY AF5?



"Foto tersebut adalah diri saya," Demikian kata Nonny (AF5) mengenai penyebaran beberapa keping gambar intimnya.

Menurut Nonny, gambar-gambar tersebut diambil ketika dia masih menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki.

Sehubungan itu, dia mengesyaki ada pihak-pihak tertentu yang melakukan komplot untuk menjatuhkan kerjayanya dengan menyebarkan gambar-gambar lama tersebut.

Klik gambar untuk size besar




"Sejak putus cinta pada bulan lalu, saya dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena sehinggalah timbul isu gambar berkenaan.

"Kalau boleh saya tidak mahu tuduh sesiapa tetapi sejak putus cinta bulan lalu, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saya.

"Semua itu berpunca selepas saya menolak pinangan bekas kekasih saya atas sebab-sebab tertentu.

Antara gambar yang disebar - yang intim tolak tepi


"Kemudian selepas itu saya mendapat tahu ada individu ingin menyebarkan gambar-gambar saya bersama bekas teman lelaki saya itu. Saya rasa individu itu tidak senang hati lebih-lebih lagi melihat kerjaya seni saya yang semakin baik," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 26, diminta mengulas mengenai beberapa keping foto mesranya dengan seorang lelaki. Gambar tersebut telah dihantar kepada media oleh individu yang tidak dikenali.

"Saya mohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan foto tersebut kerana tidak mustahil ia akan tersebar dengan meluas tidak lama lagi.

"Sudahlah nama saya baru nak naik sejak terlibat dengan drama Istikharah Cinta (kini sedang ditayangkan di TV3).

"Tiba-tiba ada pula pihak yang cuba mengenakan saya. Bagaimanapun saya akur, ia juga atas kesilapan saya sebelum ini mengambil foto mesra seperti itu," tambahnya.


Sumber: Mstar


         ________________________




No comments: