10 February 2015

HABIS EDAH ESOK - RAJA AZMI ENGGAN RUJUK SEMULA



Bak peribahasa, di luar bagai madu... di dalam bagai empedu!

Artikel terdahulu:
Demikianlah hati dan perasaan Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, mengenai bekas suaminya Eddie Ghazali, 46, berkaitan isu mahu rujuk kembali.

Walaupun kemunculan Eddie dalam program Melodi baru-baru ini seolah memujuk dan melembutkan hatinya, namun Raja Azmi tidak punya apa-apa perancangan untuk kembali bersatu.





"Saya rasa, biarlah saya sendiri bersama anak-anak. Lebih senang rasanya, begini... Saya faham perasaan Eddie dan saya faham akan hasratnya yang mahu kembali dengan saya seperti mana mula-mula dulu.

"Saya juga nampak akan kesungguhan dia memujuk hati saya. Dia betul-betul bersungguh-sungguh dan setiap hari pasti dia akan menghantar mesej selamat pagi dan selamat malam buat saya.

"Melihat akan kesungguhannya itu, membuatkan hati saya tersentuh. Tapi, dalam waktu yang sama, saya harus dulukan serta utamakan perasaan saya," ujar Raja Azmi seolah sudah berpatah arang.

Tinggal kenangan


"Keputusan saya ini tekad sekali pun 11 Februari ini genap 3 bulan tempoh edah saya tamat bersama Eddie.

"Perkara ini sudah saya jelaskan kepada Eddie agar dia faham dan saya juga tidak pernah memberi dia apa-apa harapan bahawa kami boleh kembali semula sepertimana dulu.

"Saya rasa dia faham apa yang saya cuba sampaikan itu dan dia juga ada berkata kepada saya, kalau andainya memang tiada jodoh untuk kami bersatu semula, satu saja permintaan dia. Biarlah kami jadi sahabat yang baik.

"Saya kata hal itu tidak ada masalah sekali kerana dalam keadaan sekarang pun, walau kami sudah tidak bersama sebagai suami isteri, tapi kami kini jadi kawan yang baik," jelas Raja Azmi dipetik sebagai berkata kepada Murai.



         ________________________




No comments: