23 February 2015

JOHAN & AIDA JEBAT DOMINASI AME 2015



Ternyata Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim,30, masih popular dikalangan peminatnya apabila meraih empat kategori di kemuncak Anugerah Meletop Era (AME 2015).

Dengan kemenangan itu, Johan membawa pulang trofi bagi kategori Penyampai Radio Meletop, Program Radio Meletop, Artis Lawak Meletop dan Top Top Meletop (Lelaki) di tahun kedua AME semalam yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.

Sementara pelakon baru Ayda Jebat pula diumumkan sebagai pemenang kategori Top Top MeleTop dan Artis Baharu Meletop.

Klik gambar untuk size besar




Ayda memperolehi undian tertinggi di antara lima calon terbaik secara keseluruhan.

Kedua-dua mereka membawa pulang RM10,000 berserta trofi sumbangan Astro. Sementara itu pemenang bagi setiap kategori menerima wang tunai sebanyak RM5,000 dan trofi.



Berikut adalah senarai penuh pemenang AME 2015: 

Drama TV Meletop
- Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Artis Lawak Meletop
- Johan

Hos TV Meletop
- Datuk AC Mizal

Pelakon TV Meletop
- Zul Ariffin

Program TV Meletop
- Maharaja Lawak Mega 2013

Lagu Meletop
- Mewangi : Akim & The Majistret

Penyanyi Meletop
- Datuk Siti Nurhaliza

Grup Duo Meletop
- Akim & The Majistret

Penyampai Radio Meletop
- Johan

Program Radio Meletop
- JoHaRa Pagi Era

Filem Meletop
- Abang Long Fadhil

Bintang Filem Meletop
- Nelydia Senrose

Artis Baharu Meletop
- Ayda Jebat

Bintang Online Meletop
- Datuk Siti Nurhaliza

Couple Meletop
- Scha Alyahya dan Awal Ashaari

Top Top Meletop (Lelaki)
- Johan

Top Top Meletop (Perempuan)
- Ayda Jebat

Fesyen Meletop
- Fazura







         ________________________




No comments: