01 February 2015

LEPAS SHAH RUKH, JACKIE CHAN PULA TERIMA GELARAN DATUK



Selepas Shah Rukh Khan mendapat gelaran Datuk dan Michelle Yeoh mendapat gelaran Datuk Seri, terkini Jackie Chan atau nama sebenarnya Chan Kong Sang, 60, pula dikurniakan bintang Panglima Mahkota Wilayah, yang membawa gelaran Datuk.

Pelakon popular Hong Kong itu mendapat anugerah tersebut bersempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Datuk Jackie - klik untuk size besar




Majlis istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat telah berlangsung di Istana Negara di Kuala Lumpur.

Tahniah diucapkan buat Datuk Jackie Chan!

Jackie ketika berlakon di Malaysia




         ________________________




No comments: