22 February 2015

SEKITAR MAJLIS ULANGTAHUN DATUK K BERSAMA KELUARGA



Pada 19 Februari lalu, majlis ulangtahun  Dato' Sri Khalid Bin Mohamad Jiwa atau lebh dikenali sebagai Datuk K yang ke-56 telah disambut secara sederhana oleh keluarga tersayang.

Dalam majlis tersebut, Izara Aisyah turut hadir meraikan majlis ulangtahun bakal bapa mentuanya. Heh!

"Alhamdullillah...'makan besar' kami anak beranak meraikan ulang tahun kelahiran suami tersayang .. B.. terima kasih kerana menjadi Suami yg melindungi, Ayah yg bertanggungjawab, Mentor yg berdedikasi & sahabat yg sejati.. Doaku sentiasa bersamamu sayang..





"Happy birthday buat suamiku ..love u till jannah..amin ya rabb..," ujar Dato' Siti Nurhaliza di laman IGnya.

Untuk makluman, sehari selepas itu (20 Februari) majlis doa selamat dan tahlil diadakan di Masjid Bukit Mulia bagi meraikan ulangtahun kelahiran Datuk K.

"Alhamdullillah majlis sederhana, majlis doa selamat & tahlil buat meraikan ulangtahun kelahiran suami di masjid bukit Mulia..," jelasnya.

Tahniah diucapkan dan semoga panjang umur hendaknya. Amin.










VIDEO SITI BUAT SUAMI


         ________________________




No comments: