07 February 2015

ZERO MUNCUL JUARA MLM 2014 - RAIH RM500,000



Gelanggang Akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil telah melabuhkan tirainya malam semalam apabila kumpulan Zero dinobatkan sebagai juara MLM 2014.

Kumpulan Zero yang dianggotai oleh tiga adik-beradik iaitu Sharif Kadil Doli Sharif (Sharif), Mohammad Syaiful Doli Sharif (Syaiful) dan Sharid Kunal Doli Sharif (Atu) telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Manakala kumpulan Sepahtu (Jep dan Shuib) dan peserta solo Nabil Ahmad pula masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.





Untuk info, hadiah yang dimenangi oleh tempat kedua ialah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta trofi. Tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM150,000 berserta trofi.

Bagi kategori Man of the Match pula telah dimenangi oleh Jep Sepahtu.



Ajak dah Shahrol yang mewakili kumpulan Shiro telah mendapat tempat keempat dan menerima wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Kumpulan Bocey (Fad, Abam dan Achey) telah mendapat tempat kelima dan menerima wang tunai sebanyak RM15,000 berserta trofi.



Bagi minggu akhir MLM 2014, mereka dikehendaki melakukan dua persembahan iaitu bertemakan bebas dan musical komedi. 

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.



Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM 2014 akhir itu terdiri daripada Datuk Jalaluddin Hassan, Taufiq Batisah, Nur Fazura dan Farah Quinn.

Ia dihoskan oleh Datuk AC Mizal.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh pelawak veteran Datuk Jamali Shadat.

Tahniah diucapkan!








         ________________________




No comments: