09 March 2015

AL-FATIHAH - HARUN SALIM BACHIK KEMBALI KE RAHMATULLAH



Negara kehilangan seorang lagi permata seni apabila pelakon dan pelawak popular, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia selepas rebah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah, Perak, petang semalam.

Ia disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, dan Harun disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Perubatan Pejabat Kesihatan Gunung Semanggol, kira-kira jam 4.20 petang semalam.

"Kes mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah," ujarnya.





"Kami sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis perkahwinan di Pulau Pinang sebelum berhenti di hentian berkenaan.

"Saya menemani ayah yang berasa penat untuk ke tandas di R&R berdekatan.

"Sebaik memasuki tandas di sebuah stesen minyak di R&R berkenaan, ayah mula tercungap-cungap sebelum tiba-tiba rebah di atas lantai tandas itu," ujar anak Harun, Hakeem Sofi Al-Rashyid, 14, yang ditemui media di rumah mayat Hospital Parit Buntar.

Allahyarham ketika rebah di R&R - Foto Mstar


Tambah Hakeem Sofi, ayahnya menghidap asma sejak kecil dan semakin serius dan kerap sejak dua tahun lalu.

"Bagaimanapun, ketika di Pulau Pinang ayah saya tidak menunjukkan tanda diserang sakit itu," tambahnya di petik sebagai berkata melalui BH.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Koperasi Polis, Gombak, sebelum Zuhur hari ini.



Untuk rekod, Harun Salim atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim, mula dikenali melalui drama bersiri Rumah Kedai pada 1990-an dan sitkom bersiri Gado Allahyarham pernah menjadi Presiden Seniman pada tahun 2010/2011.

Beliau adalah anak kepada pelakon zaman 50-an, Salim Bachik.

Antara filem-filem lakonan Allahyarham ialah Man Laksa, Baik Punya Cilok, Cuci, Apa Kata Hati?, Setem, Papadom, My Spy, Duhai Si Pari-Pari, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Kapoww!!, Aku Bukan Tomboy, Hoore! Hoore! dan Jalan Kembali: Bohsia 2; SAM: Saya Amat Mencintaimu, Tolong, Awek Aku Pontianak, Lawak Ke Der?, Bikers Kental, KI, Lemak Kampung Santan, Abang Long Fadil dan Lelaki Harapan Dunia.

Al-Fatihah.



         ________________________




No comments: