04 April 2015

AL-FATIHAH - JENAZAH MAMA JUWIE SELAMAT DIKEBUMI



Jenazah wartawan hiburan veteran dan penulis lirik, Mama Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Saleh, 62, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Selayang Baru, pagi tadi.

Terdahulu, Allahyarham telah dimasukkan di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, pada Jumaat, akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Antara artis yang hadir di tanah perkuburan ialah Erra Fazira, Datin Umie Aida, Ziela Jalil, Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk Ahmad Nawab termasuk rakan-rakan media.





Untuk info, Juwie terkenal dengan hasil penulisannya yang hebat dalam akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan majalah Mangga.

Selain bergelar wartawan, Juwie turut aktif dalam bidang penulisan lirik untuk penyanyi terkenal seperti Datuk Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Siti Fairuz, Nassier Wahab, Shidee, kumpulan Gersang, Spring dan May.

Al-Fatihah.









         ________________________




No comments: