02 May 2015

12 GAMBAR - RAMONA ZAMZAM SELAMAT NIKAH JEJAKA PALESTIN



Setelah hampir dua tahun bercinta dengan jejaka dari Palestin, Rami Alashkar yang menetap di Malaysia, Ramona Zamzam akhirnya selamat bergelar isteri petang semalam dengan hanya sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Kayangan Heights, Shah Alam, Selangor.

Awalnya, Ramona dan Rami telah mengikat tali pertunangan dalam satu majlis ringkas di lokasi yang sama di mana pernikahan bakal berlangsung.

Untuk makluman, mereka berdua dinikahkan sendiri oleh ayah Ramona iaitu Mohd Zamzam Mohd Ashraff.

Klik gambar untuk size besar




Ramona telah menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak pengantin lelaki. Ramona juga menerima mas kahwin RM300.

"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan seadanya. Terima kasih yang sudi hadir ke acara kami.



"Oleh kerana adik Rami akan mengadakan majlis kahwin bulan Ogos di Qatar maka kami disyorkan untuk menganjak perancangan itu sebulan selepas itu. Oleh kerana terlalu lama jarak menanti, kami putuskan untuk bernikah lebih awal dan mempercepatkan apa yang patut," ujar Ramona dipetik sebagai berkata.

Difahamkan, Ramona dan suami merancang berbulan madu di Bali atau Lombok, Indonesia termasuk ke Eropah.
























         ________________________




No comments: