24 July 2015

MERIAHNYA BILA STACY SEKELUARGA BERAYA DI KAMPUNG AKIM



"Sukar untuk saya mengungkapkan perasaan bersyukur dan gembira saya apabila pelawaan saya untuk menyambut raya bersama diterima baik oleh Stacy sekeluarga. Buat pertama kalinya ayah Stacy turut berkunjung ke rumah saya di Johor bersama adik beradik Stacy yang lain," demikian kata Akim Ahmad mengenai kekasihnya Stacy.

Nampaknya, Akim makin bersikap terbuka dan selesa berkongsi kisah cintanya bersama Stacy berbanding sebelum ini.

Malah dia nampak amat gembira bila pelawaannya untuk beraya bersama Stacy dan keluarga di kampung halamannya telah tertunai.





"Sukar untuk saya mengungkapkan perasaan bersyukur dan gembira saya apabila pelawaan saya untuk menyambut raya bersama diterima baik oleh Stacy sekeluarga. Buat pertama kalinya ayah Stacy turut berkunjung ke rumah saya di Johor bersama adik beradik Stacy yang lain.

"Stacy turut menggayakan baju berwarna hijau yang dijahit sendiri oleh ibu saya untuk kelihatan sedondon bersama keluarga saya. Lebih menggembirakan apabila melihat wajah Bella (anak angkat Stacy) turut memakai baju berwarna hijau yang disediakan oleh ibu saya.

"Ini adalah tahun kedua Stacy berkunjung ke Johor dan merasai sendiri pengalaman menyambut hari raya. Kemeriahan beraya di kampung halaman berbeza sekali dengan sambutan di kotaraya," ujar Akim dipetik sebagai berkata melalui BH Online.





         ________________________




No comments: