14 August 2015

NEELOFA NAFI BERCINTA DENGAN LELAKI KACUKAN



Jika baru-baru ini, ada yang mengandaikan Noor Neelofa Mohd Noor, 25, dan jejaka kacukan Melayu-Kanada itu sedang mengenali hati budi masing-masing, terkini Neelofa menyangkal dakwaan kononnya dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pemuda Inggeris dikenali sebagai Craig Smith.

Neelofa sebaliknya menekankan dia masih solo dan tidak berhasrat untuk menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa buat masa ini.

"Saya tiada teman lelaki dan lelaki berkenaan hanyalah sekadar rakan biasa dan tidak lebih daripada itu.

Klik gambar untuk size besar




"Malah saya tidak berminat untuk bercinta buat masa ini dan lebih selesa hidup solo," ujar Neelofa dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu mengulas tindakannya memuat naik gambar bersama Craig ketika bercuti di London Neelofa berkata, mereka berdua adalah kawan.

"Saya sebenarnya sudah mengenali Craig agak lama sebelum ini malah kami juga pernah bekerjasama memandangkan dia juga seorang usahawan.



"Ketika bercuti di London kebetulan kami bertemu dan meluangkan masa bersama dengan rakan-rakan lain," jelasnya.

Buat masa ini Neelofa ingin bermuhasabah diri dengan mengikhlaskan hatinya sendiri sebelum menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya.

Jelasnya, jika dia bercinta kelak dia berharap dapat bertemu dengan seorang lelaki yang mempunyai hala tujuan dalam hubungan dibina.

"Saya tiada ciri-ciri tertentu yang dicari dalam diri seorang lelaki tetapi mestilah ada keserasian dan hubungan tersebut menuju ke alam perkahwinan.

"Sebab itu buat masa ini saya selesa sendiri dan ikhlaskan hati sendiri terlebih dahulu sebelum benar-benar bersedia untuk kembali bercinta," katanya.

Neelofa bagaimanapun tidak menafikan ada lelaki yang cuba mendekatinya namun dia segera memberi tindak balas tidak berminat kerana bimbang menimbulkan salah faham.

Sumber: mStar



         ________________________




No comments: