06 August 2015

"SAYA TAK TAHU PULA ESCARGOT HARAM DIMAKAN" - NEELOFA



Jika sebelum ini Neelofa memuat naik gambar makanan siput Escargot sehingga membuatkan ramai peminatnya yang berbalah mengenai status halal haiwan berkenaan, terkini pelakon dan pengacara itu memberitahu bahawa dia tidak mengetahui tentang perkara berkenaan.

"Saya jadi terkejut apabila ia menimbulkan perbalahan antara pengikut di Instagram selepas saya memuat naik gambar itu. Saya amat teliti dan menitikberatkan makanan yang saya ambil termasuklah gambar yang mahu dikongsikan kepada umum.

"Kalau saya tahu status halalnya meragukan sudah tentulah saya takkan sentuh pun makanan itu," ujar Neelofa dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Dalam pada itu, Neelofa juga mengakui dia memakan siput berkenaan kerana dimaklumkan ia boleh dimakan sejak dia kecil lagi. Dia turut menjelaskan akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak berkaitan.

Sebelum ini melalui semakan kami di laman web rasmi Fatwa Malaysia, e-Fatwa mengesahkan status Escargot adalah haram dimakan umat Islam.





         ________________________




No comments: