28 August 2015

WAJAH BABY JONAH, ANAK JACLYN VICTOR



Jaclyn Victor, 37, baru-baru ini telah sudi berkongsi gambar cahaya mata sulungnya yang berumur empat hari di laman Instagram miliknya.

Jacyln dan suaminya, Shawn Rivera, 41, sepakat menamakan bayi lelaki mereka dengan nama Jonah Joshiah Rivera.

Sebelum ini, Jaclyn menerusi laman Facebook miliknya memberitahu yang dia masih belum menetapkan nama buat bayi lelaki yang dilahirkan dengan berat 3.48 kilogram di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Klik gambar untuk size besar




"Hello everybody. My name is Jonah Joshiah Rivera. It's so nice to meet you. I am 4 days old today and so happy to be here. My Mama and Papa @shawnkurtrivera say all I do is eat, poop and sleep at the moment 😁 Although sometimes I cry, I get a lot of cuddles and kisses too. That's neat!! I think I am going to like it here. With love, Baby Jonah xx," tulis Jaclyn di laman IGnya.

Sementara itu, Jaclyn turut memberitahu bahawa dia dan suaminya gembira dengan kelahiran anak mereka dan menyatakan dia dan bayinya berada dalam keadaan sihat serta memilih untuk berehat secukupnya untuk tempoh beberapa bulan ini.

"Saya dan suami sangat gembira untuk mengumumkan kelahirannya. Saya dan bayi dalam keadaan sihat. Terima kasih atas ucapan dan doa semua untuk bayi kami," ujar Jacyln dipetik sebagai berkata.

Untuk rekod, Jaclyn dan Shawn Rivera yang juga anggota kumpulan R&B Az Yet berkahwin pada 19 Julai lalu di The First Unitarian Church of Philadelphia, Amerika Syarikat.



Sumber: BH



         ________________________




No comments: