26 October 2015

BEBAS MILIKI PISTOL 'CICAK' - AMIR UKAYS BUAT PERSEMBAHAN 'BERAPI' DI GV2



Meskipun awalnya bekas vokalis kumpulan Ukays, Amir mendapat liputan meluas media gara-gara didakwa memiliki senjata api, namun selepas siasatan polis... senjata tersebut sebenarnya hanya sekadar pistol mainan yang dibuat menembak cicak.





Sehubungan itu, Amir telah dibebaskan oleh polis dan dia tampil bergaya di pentas konsert Gegar Vaganza 2 (GV2), malam semalam dengan mempersembahkan lagu berjudul Antara Hujan dan Air Mata, nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Persembahannya itu sememangnya tidak menghampakan dan mendapat tepukan gemuruh penonton yang rata-rata rindukan suara merdunya.

"Lagu ini mengingatkan saya kepada arwah anak saya," luahnya sebelum membuat persembahan.

Tinggal kenangan - Amir bersama arwah Mohd Imran


Untuk rekod, anak Amir meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur pada tahun 2012. Allahyarham Mohd Imran yang ketika itu berusia 15 tahun mengalami masalah komplikasi jantung sejak lahir.

"Kamu ada suara yang merdu dan berkuasa tapi kena kawal supaya tidak nampak bergegas," kata Juri tetap, Datuk Ramli MS yang memberikan komen pada Amir selepas persembahan.





         ________________________




No comments: