06 October 2015

MAHKAMAH PERINTAH AIDIL ZAFUAN BAYAR RITA RUDAINI RM30,000



Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam memerintahkan bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan Abdul Razak, 28, membayar RM 30,000 kepada pelakon itu sebagai mutaah, iaitu 10% dari tuntutan asal Rita sebanyak RM 300,000.

Keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Mawardi Che Man selepas berpuas hati plaintif, Rita Rudaini layak membuat tuntutan tersebut.

Klik gambar untuk size besar




Dalam penghakimannya, beliau berkata, mahkamah menilai dua perkara iaitu kemampuan defendan, Aidil Zafuan dan keadaan serta keperluan Rita Rudaini.

"Mahkamah memutuskan penceraian yang berlaku bukan berpunca daripada keaiban isteri. Sehingga diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), plaintif tidak pernah disabitkan dengan kesalahan nusyuz walaupun defendan telah memfailkan perintah kembali taat namun ia ditarik semula," ujarnya dipetik sebagai berkata.



         ________________________




No comments: