07 October 2015

MENANG KES TUNTUTAN MUTAAH - RITA RUDAINI LUAH RASA SYUKUR



Rita Rudaini yang beberapa kali turun naik mahkamah dan menerima pelbagai tomahan dan kritikan daripada masyarakat serta bekas suaminya telah berkongsi rasa gembira dan syukur bersama peminatnya di laman Instagram setelah menang kes tuntutan mutaah terhadap Aidil Zafuan walaupun mendapat 10 peratus daripada jumlah asal RM300,000.

"Alhamdulillah, orang menipu takkan ke mana. Allah sentiasa bersama orang yang dianiaya. Sebelum ini ada seorang hamba Allah mendakwa saya sebagai seorang isteri yang tidak layak untuk mendapat tuntutan mutaah iaitu haknya sendiri.

"Alhamdulillah Allah maha adil dan maha mengetahui. Syukur ya Allah. Kemenangan berpihak pada orang yang benar. Syukur, saya menang dalam kes mutaah dan saya telah diisytiharkan oleh mahkamah bahawa saya layak untuk mendapat mutaah,” antara kata-kata Rita di laman Instagram miliknya.

Klik gambar untuk size besar




"Sebelum ini saya pernah cakap, bukan wang yang saya cari atau menjadi ukuran tetapi maruah saya sebagai seorang isteri dan ibu yang saya perjuangan! Terima kasih atas doa ibu, anak-anak, famili dan peminat semua. Allah akan tolong orang yang benar. Apa yang saya perjuangkan adalah maruah wanita. Alhamdulillah... mahkamah putuskan saya layak dapat mutaah... syukur.

"Alasan dia bagi yang saya memang tak layak langsung dapat mutaah adalah sebab saya tak masak, tak gosok baju dan tak kemas rumah. Syukur Allah maha adil," tulis Rita di laman IGnya.

Perkongsian Rita mendapat sokongan daripada peminatnya yang juga sentiasa mengikuti perkembangan pelakon ini. Apa pun, tahniah Rita kerana tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan hak anda dan anak-anak.







         ________________________




No comments: