08 November 2015

KONGSI PENGALAMAN - ANAK MENANGIS BUAT LISA & YUSRY PANIK



Pertama kali bergelar ibubapa pasti membuatkan anda panik bila anak kita menangis dan kita tidak tahu nak buat apa.

Begitulah yang terjadi kepada Lisa Surihani dan suaminya, Yusry KRU yang panik pada mulanya apabila mendengar Yahaira yang berusia tujuh minggu menangis.





"Kalau anak kecil menangis, banyak kemungkinan berlaku kepadanya. Jadi sebagai ibu bapa baru, banyak yang kami belum tahu. Minggu pertama kelahiran, kami banyak berjaga malam tapi selepas itu, ia kembali normal”

"Kalau terjaga pun, kekerapannya dua kali sahaja. Nak kata kuat meragam, tak juga tapi ada waktu-waktu tertentu. Syukur ada ibu membantu," ujar Lisa sambil menyatakan bahawa dia melihat Yusry tidak kekok menguruskan anak.



Selain itu Lisa memberitahu bahawa dia berasa rindu walaupun baru sekejap meninggalkan anaknya. Lisa menyifatkan perasaan itu sebagai perkara normal untuk dirinya yang baru bergelar ibu itu.

"Perasaan rindu saya semakin menebal kepada anak walaupun baru sekejap sahaja meninggalkannya atas urusan kerja," jelasnya.









         ________________________




No comments: