09 November 2015

SITI NURHALIZA KINI BERBADAN DUA?



Baru-baru ini, ada khabar angin yang menyatakan Datuk Siti Nurhaliza kini sudah hamil selepas anak tirinya Asyraf Khalid mengakui perkara tersebut di majlis perkahwinan beliau 2 November lalu dan ia telah menjadi viral di media sosial.





Bagi menguatkan lagi dakwaan ini, Siti memuat naik sekeping gambar susu kambing dan kurma di laman sosial Instagram miliknya. Katanya, apa yang diamalkan oleh penyanyi itu digemari ibu mengandung kerana mempunyai banyak khasiat.

Peminat serta pengikut Siti di Instagram tidak putus mengucapkan tahniah kepada beliau dan ada yang ingin mengetahui apakah berita ini benar.

Mengetahui isu tersebut, Siti yang baru sahaja tamat melangsungkan 'Konsert Suatu Suara Volum 2' bersama Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli Sarip di Istana Budaya malam semalam memberitahu media yang beliau masih lagi mencari waktu yang sesuai memberikan komen mengenai berita tersebut.



Tidak mengakui ataupun menidakkan berita kehamilannya, Siti juga mohon agar doa serta ucapan peminatnya itu menjadi kenyataan.

"Belum masa untuk saya bercerita mengenai perkara itu (spekulasi hamil) kerana saat ini saya fokus kepada konsert ini. Alhamdulillah ia berakhir dengan jayanya.

"Tetapi jika itu doa yang baik daripada semua, Siti harap supaya semua mendoakan ia menjadi kenyataan.



"Ikutkan sebelum ini Siti ada berkongsi mengenai gambar susu kambing dan kurma di laman sosial. Malah saya sempat berkongsi makanan itu kepada Hetty Koes Endang.

"Sejujurnya Siti terkejut juga dengan laporan berita itu dan ada memaklumkan kepada suami. Pastinya saya akan berkongsi berita baik. Saya tak akan berselindung apa sahaja berita baik. InsyaAllah," ujar Siti dipetik sebagai berkata.

Untuk makluman, Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Siti dilanda berita sebegini namun dalam masa, jika berita ini benar ia tentu satu perkara yang cukup menggembirakan bukan sahaja buat Siti dan keluarga tetapi peminatnya juga. Semoga kali ni memang ada rezeki beliau untuk menimang cahaya mata.







         ________________________




No comments: