21 December 2015

FATHIA LATIFF & AIMAN HAKIM SAH PUTUS CINTA



Sudah tiada jodoh!

Demikianlah halnya dengan percintaan antara Fathia Latiff, 28, dan Aiman Hakim, 26, yang telah menemui titik noktah.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Fathia dengan mengatakan yang dia dan Aiman bukan lagi pasangan kekasih sejak 2 minggu yang lalu.





Biarpun mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat, aktres itu menjelaskan dia reda dengan ketentuan Tuhan.

"Biasalah, kita hanya merancang namun segala-galanya ditentukan oleh Allah. Hubungan kami sudah berakhir sejak dua minggu lalu kerana tiada lagi persefahaman.

"Kami pernah berpisah sebelum ini dan cuba untuk menjernihkan keadaan serta memperbaiki kekurangan masing-masing, namun sudah tertulis jodoh kami tidak panjang.



"Semestinya saya inginkan sebuah hubungan yang berakhir dengan ikatan perkahwinan. Begitupun saya reda andai ini takdir kami," ujar Fathia dipetik sebagai berkata.

Jelas Fathia, dia enggan lagi memanjangkan episod kisah cintanya dan membuat keputusan untuk berpisah secara baik.

Fathia juga memilih untuk memberi fokus kepada kerjaya seni dan menjelaskan dia sesekali tidak akan bermusuh dengan bekas kekasihnya itu.

"Saya sendiri tidak mahu orang jelak dengan kisah cinta kami yang tidak berkesudahan. Cukuplah, itu saja yang boleh saya kongsi buat masa ini.

"Lagipun perihal jodoh berada di luar bidang kuasa kita. Namun, kami tetap bersikap profesional dan tidak bermusuh," katanya yang menjadi kekasih kepada artis lelaki berkenaan selama tiga tahun.


Sumber: BH



         ________________________




No comments: