12 December 2015

GAMBAR ANAK KEMBAR - FAD BOCEY PUNYAI SEBAB TAK KONGSIKAN



Semalam Fad Bocey telah bergelar bapa apabila isterinya, Nur Syahirah A. Rahman telah selamat melahirkan bayi kembar lelaki di Darul Ehsan Medical Center (DEMC), Shah Alam pada pukul 11.32 dan 11.34 pagi.

Fad bagaimanapun belum berkongsi gambar anak kembarnya untuk tatapan peminat. Ini kerana Fad mempunyai sebab tersendiri.





"Anak kembar saya lahir di minggu yang ke 34 dan masih belum matang. Jadi, mereka ditempatkan di inkubator terlebih dahulu. Sebab itulah saya tidak berkongsi gambar anak-anak saya.

Mengenai nama, kata Fad, dia akan berkongsi nama anak kembarnya kemudian. Buat masa ini, dia mahu memberi tumpuan kepada kesihatan anak kembarnya dan Fad juga mohon agar peminat mendoakan yang baik-baik untuk mereka.



Dalam pada itu, Fad juga sempat bercerita mengenai pengalaman isterinya melahirkan anak kembar mereka.

"Pada awalnya, kami dapatkan nasihat doktor kerana isteri mahu melahirkan bayi secara normal. Namun begitu, kedudukan bayi pertama saya sudah berada di bawah dan bayi kedua sudah berada di atas.

"Untuk mengelakkan isteri saya merasai kesakitan sebanyak dua kali, doktor nasihatkan untuk isteri saya menjalani pembedahan caesarean," jelas Fad.



Mengakui dirinya kekok ketika memegang bayi, Fad bersyukur kerana dia kini telah menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada dua orang anak lelaki.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur, gembira dan tak sangka kerana telah bertukar status sebagai seorang bapa. Perasaan itu berganda apabila dapat mengetahui yang isteri hamil anak kembar

"Sebenarnya, saya rasa agak kekok ketika memegang bayi. Walaupun saya sukakan kanak-kanak, saya tetap rasa takut untuk memegang bayi. Bila sudah ada anak sendiri, saya kena biasakan perkara tersebut dan saya harus menjaga mereka sebagaimana bapa saya menjaga saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...