10 December 2015

"SAYA KESAL BILA ADA 'BATU API' LAGAKAN AZIAN DENGAN FARADHIYA" - HAIZA



Baru-baru ini, laman sosial digegar dengan cerita-cerita panas melibatkan bintang-bintang Gegar Vaganza 2 (GV2) apabila ada yang cuba memanaskan suasana antara Farahdhiya dengan bintang terakhir yang tersingkir di semi final iaitu Azian Mazwan Sapuwan.

Entri Azian "Alhamdulillah dapat nyanyikan lagu Karok Tarikkk 'Sedalam Mana Cintamu'... Bukan karok mendatar ye!" di laman sosialnya baru-baru ini 'dipanaskan' kononnya sengaja menyindir tahap vokal Farahdhiya.





Bagaimanapun, Azian mejelaskan yang dia tiada niat berkata demikian dan ia tidak dituju pada mana-mana peserta GV2.

"Saya tidak ada niat pun untuk menyindir sesiapa. Saya menulis ayat tersebut dengan pantas dan tidak fikir ia ditujukan kepada mana-mana peserta GV yang lain.

"Selepas selesai konsert separuh akhir, ramai yang memberi sokongan dan memberitahu saya telah mengikut tema mingguan. Sebab itu saya tulis ayat tersebut. Secara tidak langsung saya juga rasa lega dapat meluahkan perasaan pada malam itu.



Bila ditanya mengenai perkara ini, Faradhiya berkata yang dia tidak kisah dengan semua itu.

"Saya pada mulanya tak tahu pasal hal ini tetapi kebanyakan peminat dan rakan mesej saya bertanyakan apakah tulisan Azian itu menyindir saya kerana vokal tak ikut tema 'Karok Tarikkk?'

"Kalau ikutkan memang pada persembahan semi final itu saya menyanyi agak low sebab ubah susunan muzik ikut keadaan kesihatan vokal pada ketika itu. Saya tak kisah apa orang nak cakap. Saya percaya rezeki itu di tangan Tuhan.



"Hal lain-lain yang negatif saya tak mahu fikir. Kalau betullah Kak Azian menyindir saya, saya cuma boleh cakap alhamdulillah. Saya tak pernah nak layan semua ini sebab bagi saya tidak mendatangkan hasil," katanya.

Haiza yang enggan pihak luar salah faham telah tampil menjelaskan hubungan mereka di dalam GV2 adalah seperti adik beradik.

"Kami sesama bintang GV semuanya dah macam adik-beradik. Saya kesal dan terkilan ada segelintir pihak cuba nak melaga-lagakan kami. Kami rapat dan saling menyokong antara satu sama lain tetapi macam-macam analisis yang orang di luar sana buat hingga cuba melagakan kami.



"Saya harap kami bintang peringkat akhir GV tidak termakan atau terpengaruh kata-kata yang melaga-lagakan. Harap semuanya bertenang dan bersangka baik pada dunia hiburan. Untuk mereka yang suka menjadi batu api harap hentikanlah sikap begitu sebab ini cuma hiburan.

"Rasanya pengguna laman sosial perlu tahu ini bukan medan bertempur untuk dapat jawatan penting hingga perlu nak berbalah. Kami kembali ke pentas GV untuk menghiburkan semua peminat dan kami berterima kasih di atas sokongan yang sangat luar biasa," jelas Haiza.



         ________________________




No comments: