26 January 2016

AMRAN TOMPEL TELANTAR SAKIT



"Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zulkifli Mohamad (Zack KOOL) sudah melawat Amran ketika dia dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban baru-baru ini dan ada menghulurkan bantuan.

"Saya tidak dapat hadir kerana ada urusan lain dan mewakilkan dia menziarahi Amran bagi pihak kami," demikian kata Presiden Seniman Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi berhubung kenyataan pelakon Amran Tompel, 65, yang terkilan kerana tidak dilawati mana-mana persatuan artis selepas terlantar akibat angin ahmar sejak Disember tahun lalu.





Amran atau nama sebenarnya Amran Aman Ramli, mendakwa nasibnya tidak mendapat perhatian mana-mana persatuan artis.

Beliau yang kini tidak mampu untuk bekerja dan hilang punca pendapatan akibat penyakit itu hanya duduk di rumahnya di Taman Matahari Height, Senawang, Negeri Sembilan.

Menurut Zed, anak Amran ada menghubungi Seniman memberitahu keadaan kesihatan bapanya yang ketika itu dirawat di hospital.

"Seniman tidak menunggu lama kerana terus menghantar wakil untuk melawat. Bantuan yang diberikan bergantung kepada jenis penyakit yang dihidapi," jelasnya.



Lebih menyedihkan, katanya, pelawak AR Badul yang merupakan abang kandungnya sendiri juga masih belum datang menziarahinya walaupun sudah dihubungi.

"Paling saya sedih apabila keluarga, saudara mara dan kawan-kawan yang jauh sudi datang tengok saya, tapi Badul tidak datang.

"Saya dah telefon beritahu dia yang saya sakit. Tak silap saya ketika itu dia di Port Dickson. Kata nak datang, tapi sampai sekarang tak datang sedangkan kami adik beradik," kata Amran.








Sumber: myMetro& SH



         ________________________




No comments: