16 January 2016

ISU SPONSOR RM16 JUTA - AFDLIN SHAUKI KOMEN PEDAS SIGN PIPI DATO' VIDA



"Mintak maaf. Saya peminat tegar bolasepak di dalam dan di luar negara.... Tapi saya tak boleh terima keadaan apabila sponsor boleh dictate dan mengubah Budaya dan Integriti sesebuah pasukan itu.

"Atau mungkin saya yang salah dan terlalu romantis dan terlalu ingin menidakkan yang sesiapa saja dan apa saja boleh di beli dengan wang sekarang. Nak sponsor-sponsor jelah janganlah sampai suruh pemain pun buat sign kat pipi tu.... Adehhhhh," demikian sindir Afdlin Shauki terhadap gelagat Dato' Seri Vida yang seolah memaksa pegawai dan pemain Kelantan membuat aksi Qu Puteh di pipi.





Untuk info, media sebelum ini melaporkan pemilik Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan membelanjakan RM20 juta bagi memastikan skuad Pamoga Qu Puteh TRW berada pada prestasi terbaik dalam tempoh dua musim, bermula musim ini.

Dan dalam satu sidang media yang dilakukan Jumaat lalu, sebaik selesai majlis itu Dato' Vida telah membuat sign di pipi bersama-sama pegawai dan pemain The Red Warriors.



Aksi tersebut rupa-rupanya tidak disenangi oleh Afdlin yang kemungkinan merasakan ia agak keterlaluan.

Bagaimanapun, melalui laman Instagram Afdlin, beberapa pelawatnya ada yang tidak bersetuju dengan komen pelakon itu dan meluahkan ketidakpuasan hati mereka.

"Apa masalahnya ni, Dato' Vida tak pakai duit kau pun," kata mereka.









         ________________________




No comments: