14 January 2016

JADI DUTA PRODUK KOKO MINDA - AZWAN SATAR AF2014 DAPAT RUMAH BARU



Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu!

Begitulah perihalnya dengan bekas penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2014, Azwan Satar, 33, yang kini sah menjadi duta produk minuman coklat Koko Minda.

Meskipun kurang popular sebagaimana rakan-rakannya yang lain, namun rezekinya lebih baik berbanding mereka.






Pengesahan sebagai duta produk keluaran Koko Minda Food Industries (M) sdn. bhd. (KMF) berlangsung pagi tadi di kilang minuman coklat berkenaan di Melaka Halal Hub, Serkam, Jasin, Melaka.

Pengarah Urusan yang juga pengasas KMF, Salim Salleh ketika ditemui media berkata, perlantikan Azwan sebagai duta dan jurucakap produk KMF sangat bertepatan lebih2 lagi sempena tahun baharu 2016.

"Pihak KMF memang mencari seorang selebriti yang bertenaga dan aktif serta mampu membawa jenama dan nama KMF sehingga ke pasaran antarabangsa.



"Ciri-ciri yang ada pada Azwan menepati misi dan objektif KMF, selain pengikutnya di laman sosial yang mencecah puluhan ribu, KMF yakin membuat pilihan yang tepat," kata Salim.

Salim juga berkata, rekod bersih tanpa kontroversi Azwan sepanjang dua tahun bergelar anak seni menjadi salah satu faktor kukuh pemilihan anak kelahiran Kampung Parit Sulong, Batu Pahat itu dipilih sebagai duta produk berkenaan.

"Azwan tidak pernah terpalit kontroversi, beliau dilihat seorang yang berdaya maju dan memiliki semangat tinggi, pastinya impak positif untuk KMF dan juga kerjaya Azwan," kata Salim lagi.

Sementara itu Azwan yang ditemui berkata, beliau bersyukur kerapa dipilih sebagai duta produk KMF.

"Memang saya tidak sangka langsung akan dipilih sebagai duta produk KMF

"Pengurus saya ada memaklumkan kepada saya mengenai perkara ini namun, saya tidak fikirkan sangat kerana saya artis biasa dan tidak popular seperti artis lain.

Bagaimanapun apabila perkara ini disahkan sendiri oleh pihak KMF, ia umpama mimpi bagi saya," ujar Azwan yang dikhabarkan menerima pelbagai habuan termasuk rumah sepanjang setahun bergelar duta produk berkenaan.


Sumber & foto: Faten


         ________________________




No comments: