Kerap kali diminta untuk berkongsikan gambar anak, Lana Nodin, 36, memohon semua pihak memahami pendekatan diambilnya dan suami, David Mckienzie iaitu tidak mendedahkan gambar anak mereka, Gia Quinn Mckienzie yang kini berusia enam bulan di media sosial buat sementara waktu bagi memberi ruang untuk mereka menikmati tugas sebagai ibu bapa.
"Tidak dinafikan ramai yang meminta saya memuat naik gambar Gia, namun saya menghormati keputusan suami untuk tidak berkongsi foto anak kami di media sosial buat sementara waktu.
"Julung kali bergelar ibu bapa, kami ingin menikmati detik indah memikul tanggungjawab ini berdua dulu. Insya-Allah saya pasti berkongsi gambar Gia apabila tiba masanya.
"Lagipun, saya memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tanpa bantuan pembantu. Gambar saya sendiri pun jarang dimuat naik kerana sibuk dengan rutin harian, takut tidak menang tangan pula nanti," ujarnnya dipetik sebagai berkata.
Pada masa yang sama, Lana menghormati pendekatan yang diambil oleh suaminya untuk tidak terlalu terbuka menunjukkan wajah anak pertamanya di media sosial. Namun bagaimanapun, Lana berkata, beliau pasti akan menunaikan hasrat peminatnya dan berkongsikan wajah anak perempuan pertamanya kepada umum apabila sudah tiba masanya nanti.
Dalam pada itu, Lana mengakui sayu tidak dapat menyambut lebaran bersama keluarga di Malaysia. Begitupun beliau menerima suratan beraya di perantauan kerana tuntutan kerjaya suaminya, Mohd Daud McKienzie, 36.
"Semestinya saya sedih tidak dapat beraya bersama keluarga di Malaysia, namun saya memahami kerjaya suami. Biarpun jauh di perantauan, saya tetap memasak masakan Melayu seperti rendang dan sebagainya bagi membangkitkan suasana raya," jelasnya.
--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)
Sumber: Berita Harian
Foto: Lana IG
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment