31 August 2016

"SAYA MINTA MAAF BUAT SILAP" - ZILA AF4 MOHON PEMBELAAN KES NUSYUZ



Penyanyi Zila Saeron (AF4), 28, memohon pembelaan berhubung tuntutan nusyuz yang difailkan bekas suaminya, pelakon dan pelawak Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, pada 12 Mei lalu.

Zila selaku defandan mengangguk faham ketika Hakim Syarie menyebut semula tuntutan nusyuz yang difailkan plaintif iaitu bekas suaminya namun memohon pembelaan menerusi peguam syarie mewakilinya, Nurul Aini Yusoff.

Abdul Halim telah membenarkan permohonan defendan untuk meneliti dokumen dan memasukkan pembelaan berhubung kes berkenaan.





Mahkamah menetapkan kes berkenaan didengar semula pada 29 September depan.

Sementara itu, bekas peserta program Maharaja Lawak Mega (MLM) itu memberitahu mahkamah mereka sudah tinggal berasingan sejak lima bulan lalu dan Zila selaku defendan dalam kes berkenaan keluar daripada rumah kelamin mereka tanpa kebenarannya.

Jelasnya lagi, isterinya itu bertindak keluar daripada rumah kerana tidak suka dimarahi disebabkan sikapnya yang malas memasak.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Zila ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada pagi Isnin enggan memberikan sebarang komen berhubung penceraiannya.

Bagaimanapun Zila sempat memohon maaf kepada semua di atas kesilapan dilakukannya, selain dari itu hanya perkataan 'no komen' yang keluar dari mulutnya.

Zila diceraikan talak satu oleh Along yang memfailkan permohonan perceraian pada Isnin mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.



Abdul Halim ketika membaca keputusan selepas lafaz dibuat memerintahkan Zila menjalani tempoh edah selama tiga kali suci berkuatkuasa Isnin.

Media sebelum ini melaporkan, isteri seorang pelawak ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam kejadian pada 13 Ogos 2016 selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki di Bukti Jalil, dekat sini.

Semasa serbuan dibuat, wanita berkenaan ditemui bersembunyi di belakang almari dalam sebuah bilik.


Sumber: Astro Gempak



         ________________________





No comments: