30 September 2016

4 GAMBAR - WAJAH COMEL 'BABY BOY' RAJA FARAH



Pelakon dan pengacara Raja Farah Raja Aziz, 28, yang akan menunaikan umrah kali kedua Disember depan bersama suami, Iskandar Ismail, 34, telah berkongsi wajah penuh puteranya, Imran Iskandar yang berusia sebulan lebih.

Apa yang menariknya umrah kali ini, Raja Farah dan suaminya itu akan ditemani anak tersayang mereka.





"Kami baru saja membuat keputusan ini kerana mahu mengimbau memori ketika mengerjakan umrah, Disember tahun lalu. Ketika itu juga saya sebenarnya sudah dua bulan mengandungkan Imran. Lucunya, saya hanya menyedari diri hamil sekembali ke tanah air.

"Alhamdulillah, kehadiran Imran benar-benar menyerikan lagi hidup kami. Saya sendiri berasa cukup dirahmati dan mengharapkan kebahagiaan ini akan berpanjangan," kata Raja Farah yang selesai berpantang seminggu lalu.

Raja Farah yang akan kembali mengacarakan program 'Assalamualaikum' awal bulan depan berkata, naluri keibuan kini menebal dalam dirinya.



"Seperti juga wanita lain, saya memang seronok melihat budak kecil. Kini, dengan adanya anak sendiri, ia ada kala terasa seperti bermimpi.

"Selepas melahirkannya, rezeki kami juga murah. Malah, saya baharu mendapat penajaan kereta sorong bayi jenama Quinny tajaan Mamouis," katanya yang turut membuka restoran Ayam Baek bersama suami di SACC Mall, Shah Alam.

Untuk rekod, Raja Farah berkahwin dengan Iskandar pada 6 September tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang lahir pada 10 Ogos lalu.




Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: