22 October 2016

BELUM DI PASARAN - KULIT ALBUM FAIZAL TAHIR JADI PERHATIAN



Penyanyi yang popular dengan lagu 'Assalamualaikum' Faizal Tahir sebelum ini pernah dikecam dan kena 'banned' dengan stesen televisyen gara-gara dirinya itu membuka baju ketika melakukan persembahan.

Terkini, Faizal yang bakal melancarkan album terbaharu berjudul 'Anatomi' pada 4 November ini telah menarik perhatian ramai walaupun album tersebut belum pun berada di pasaran.





Apa yang menarik perhatian ialah kulit album yang menampakkan aksi Faizal membuka baju sehingga menampakkan sebahagian atas badannya membuatkan netizen semakin rancak berbual.

Ada yang suka dan ada yang berfikiran sebaliknya. Namun dalam banyak-banyak komen, lebih ramai yang memberi tanggapan negatif dari yang positif.



Oleh yang demikian, media cuba untuk mendapatkan komen dari syarikat rakaman 'Warner Music Malaysia' mengenai hal tersebut namun dimaklumkan, siaran akhbar akan diberikan tidak lama lagi.

Mengikut temubual terdahulu, album Anatomi ini genre rock & roll yang turut menyelitkan tentang perempuan dan cinta memuatkan 10 buah lagu termasuk lagu 'Assalamualaikum' dan 'Sayang'.


Sumber & foto: Media Hiburan



         ________________________





No comments: