22 December 2016

DIKECAM NETIZEN ISU JARI: "PEMINAT TANYA, SAYA JAWAB" - AMYRA ROSLI



Baru-baru ini, kecoh di laman sosial berkenaan cerita jari pelakon Amyra Rosli, 25, berdarah akibat kesilapan sendiri ketika membuka pisau yang masih dalam plastik. Gara-gara isu itu, Amyra telah dikecam netizen.

Ditanya mengenai isu ini, Amyra mengakui bahawa dia sangat terkejut kerana cerita tersebut boleh jadi isu besar, sedangkan niatnya itu hanya mahu menjawab pertanyaan peminatnya sahaja.





"Saya nak buka pisau baru yang masih dalam plastik tetapi cara saya pegang itu salah. Tak sedar bila buka plastik dalam masa yang sama saya menarik pisau. Jadi terhirislah jari saya sehingga membuatkan ia luka dan darah banyak keluar bahkan isi juga terkeluar. Terbatas jugalah urusan kerja rumah, lagi pun di jari tangan kanan.

"Seterusnya, apabila saya dan Amar diundang ke program MeleTop, Neelofa perasan jari saya berbalut dan penonton pun ada bertanya kenapa?

"Bukan di program itu sahaja, bila dah on air ramai yang tanya di laman sosial. Tak sempat nak jawab saya pun muat naik sekeping dan beritahu keadaan jari saya. Sejak beberapa hari saya mula perasan perkara itu menjadi isu yang besar," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Dalam masa sama, pelakon 'Isteri Tuan Ihsan' itu turut berterima kasih kepada peminat yang mendoakan luka dijarinya cepat sembuh.

"Saya sudah jumpa doktor untuk gam, tetapi saya tak mahu jahit sebab memang takut. Selepas gam, pernah ada hamba Allah terpegang dan terbuka balik, tercabut dan koyak balik semua di kawasan jari tu, ada hari tu pula berdarah semula dan pergilah jumpa doktor untuk rawatan seterusnya," katanya.


Sumber: Media Hiburan
Foto: Amyra Rosli IG & aamyraroslisupporters IG



         ________________________





No comments: