04 December 2016

TERBABIT KEMALANGAN - CUCU A. GALAK MENINGGAL DUNIA



Takziah diucapkan kepada pelakon veteran, A. Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad atas kehilangan cucunya, Muhammad Izzul Islam Abdul Razak, 23.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Nor Azmi Isa memberitahu, mengikut siasatan pihaknya, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR datang dari arah Teluk Intan menuju Klang.

"Mangsa dipercayai gagal memberhentikan kenderaan di persimpangan lampu isyarat tersebut lalu merempuh sisi sebelah kiri treler itu," katanya.





Menurutnya, akibat rempuhan kuat berkenaan, mangsa yang juga seorang kerani sebuah syarikat guaman di Kuala Selangor itu me­ngalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 51 tahun tidak cedera.

Beliau menambah, mayat mang­­sa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. Jelas beliau, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, kata abang sulung mangsa, Muhammad Irwan Abdul Razak, 29, arwah merupakan adik bongsu daripada tiga beradik dan bapanya, Abdul Razak Zakaria, 52, pula merupakan anak kedua kepada pelakon veteran, A. Galak.

Ujarnya, pada hari kejadian, adiknya itu dalam perjalanan pulang ke pejabatnya di Kuala Se­langor selepas menghantar dokumen di Sabak Bernam.

"Kali terakhir saya berjumpa arwah adalah tengah hari semalam, sebelum solat Jumaat. Kebetulan semalam saya bercuti dan saya hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengajak dia minum.

"Sempatlah kami berjumpa dan meluangkan masa berbual dengan arwah sambil menikmati minuman masing-masing. Tidak sangka pula itu adalah pertemuan terakhir kami," jelasnya ketika dihubungi.


Sumber: Utusan & Kosmo
Foto: Kosmo



         ________________________





No comments: