20 January 2017

HUJUNG MINGGU INI - AWIE ADAKAN MAJLIS RESEPSI DI IBU KOTA



Vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Datuk Ahmad Azhar Othman dan isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin bakal bersanding buat kali kedua dalam satu majlis resepsi yang akan diadakan pada hujung minggu ini di sebuah pusat peranginan di pinggir ibu kota.

Awie bagaimanapun memberitahu, majlis tersebut merupakan sebuah acara tertutup dan hanya akan dihadiri oleh keluarga dan teman-teman rapat.


Klik untuk gambar besar




"Majlis meraikan perkahwinan saya itu hanya diadakan secara kecil-kecilan sahaja untuk keluarga, saudara-mara dan teman-teman rapat sahaja. Majlis resepsi itu akan berkonsepkan busana Melayu kerana saya amat menyanjungi adat Melayu," jelasnya.

Untuk makluman, Awie dan isterinya itu telah melangsungkan pernikahan mereka di sebuah lokasi yang dirahsiakan di selatan Thailand pada Oktober lalu selepas mengikat tali pertunangan pada Jun.

Sejurus selepas majlis akad nikah pada siang hari, majlis resepsi pasangan ini telah diadakan pada sebelah malam di tepi pantai dengan berkonsep tradisional Melayu yang dihadiri kira-kira 250 tetamu.



Perkahwinan ini merupakan yang ketiga buat Awie yang sebelum ini pernah berumah tangga dengan penyanyi Arni Nazira dan Rozana Misbun.

Menerusi perkahwinan dengan Arni Nazira, Awie dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Puteri Aleeya Antasha, 17, dan Puteri Aleefa Antasha, 15.

Manakala dengan Rozana pula, penyanyi dan pelakon itu memperoleh tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 10, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qaseh Antasha, 7.


Sumber: Utusan Malaysia
Foto: Awie Wings IG



         ________________________





No comments: